My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
There's HELL In Hello & There's GOOD in Goodbye . That's Why You Shouldn't Be Afraid Of Goodbye But Be Careful With Each of Hello .

Tuesday, September 30, 2014

Tentang Seseorang

Teruntukmu hatiku
ingin ku bersuara
Merangkai semua tanya
imaji yang terlintas
Berjalan pada satu
tanya s’lalu menggangguku
Seseorang, itukah dirimu kasih
Kepada yang tercinta
inginnya ku mengeluh
Semua resah didiri
mencari jawab pasti
Akankah, seseorang
yang ku impikan ‘kan hadir
Raut halus
menyelimuti jantungku
Cinta hanyalah cinta
hidup dan mati untukmu
mungkinkah semua tanya
kau yang jawab
Dan tentang seseorang
itu pula dirimu
ku bersumpah akan mencinta

Saturday, August 23, 2014

Perempuan itu

Perempuan itu ,
dia jatuh
lemah
kalah

tapi dia bangun , berdiri , tabah

orang taknampak lukanya
kelihatan hanya tawanya

ya , dia bahagia
punya cahaya mata
walau tanpa imam syurga

dia bahagia
punya keluarga
walau tanpa si sasa penyayang

yang seka tiap derai airmatanya
yang memujuk lembut penuh manja

dia cuma damba sebidang dada
buat sandar lemah jiwa
buat rasa teguh didada
buat semangat dihati membara .


Tuesday, July 22, 2014

Di sini senang rasanya kuluahkan segalanya , kerana aku yakin , belum tentu ada siapa membacanya .  Nak diluah di fb , nanti dikecam sebagai attention seeker . Aku takperlu perhatian orang , aku takdamba ramai kenalan , aku benci diminati sekalian 'jantan' . Menoleh sejenak kebelakang , semuanya sebenarnya salahku . Salahku mencintai tanpa menilai siapa aku , layakkah aku , statusku , sifatsifatku . Dari kecik mak pesan , '' pilih orang yang sayang kau lebih , kau tak sayang dia sangat pun takpe '' . Tapi aku selalu degil . Tak pernah pegang katakata itu . Mungkin satu masa bila aku buta , aku mampu melaksanakannya . Buta hati , mata dan jiwa . Saat mencurahkan cinta dan kasih syg bukan lagi keutamaan . Saat dimana aku hanya menerima dan melayan dengan hati kosong . Aku sendiri seolah keliru dengan hatiku . Apa yang aku mahu ? Dia memang terbaik bagi aku , cuma mungkin aku bukan terbaik untuk dia . Sebab tu katakata nya pada aku sering terdengar kasar , tegas , menyakitkan hati . Atau mungkin cuma perasaan ku . Aku rasa takpernah sekali pun aku berkasar padanya , kerana aku tidak mampu . Live today alya , just live for today . The day will come , maybe tomorrow , or day after tomorrow , takde siapa yang tahu . Bila kau terlalu lembut dan lemah , perasaannya begini . Bila kau terlalu kasar , perasaannya begitu . Kenapa ? Kenapa mesti macam ni ? Stop crying okey , it doesn't solve anything . Yes , it makes you stronger . Stand still and held high . Damia needs you !
‎.ℒℴνℯ...

pernαh ku tαnyα pαdα αngin
seperti αpαkαh sebuαh cintα...
αngin berkαtα, cintα bαgαikαn embun
setiαp pαgi menyαpα dengαn sejuknyα
sekejαp sαjα, nαmun hilαng entαh kemαnα

.ℒℴνℯ...

suαtu sααt ku bertαnyα pαdα αir
seperti αpakah sebuah cintα
αir berkαtα, cintα bαgαikαn sungαi
αlirαnnyα tαk henti sepαnjαng mαsα
nαmun entαh mengαlir ke mαnα

.ℒℴνℯ...

pernαh ku jumpai seekor burung di udara
ku tαnya tentαng erti sebuαh cintα
iα mengαtαkαn, cintα bαgαikαn memiliki sαyαp
αdα wαktu di mαnα cintα hαrus hinggαp
nαmun suαtu sααt cintα αkαn terbαng ke lαngit biru

.ℒℴνℯ...

ketikα ku jumpα tαmαn bungα yg indαh
ku tαnyα pαdα merekα, αpα erti sebuαh cintα
bungα berkαtα, cintα seperti bungα mαwαr
sαngαt αnggun & indαh di lihαt
nαmun αkαn terlukα jikα kitα tergores durinyα

.ℒℴνℯ...

tiαdα sαtu hαl yg dαpαt melukiskαnnyα
jikα engkαu pernαh merαsαkαn indαhnyα cintα,
bersyukurlah αkαn hαl itu sentiαsα αdα..
jikα engkαu pernαh terlukα oleh cintα, bersαbαrlαh...
kerαnα αkαn αdα cintα lαin yg dengαn setiα menutupinyα.....