My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
There's HELL In Hello & There's GOOD in Goodbye . That's Why You Shouldn't Be Afraid Of Goodbye But Be Careful With Each of Hello .

Monday, June 27, 2011

Malam =(



Malam ? Malam biasanya akan menjadi saat yang ditunggu-tunggu oleh suma orang .
Mungkin untuk santai bsama keluarga .
atau sekadar melepak bersama kawan-kawan .
Ye la , siang dah penat bekerja .

Tapi bila malam semakin larut ,
ada yang sudah lena beradu bersama pasangan .
ada juga yang masih melepak dgn teman-teman .
Malam umpama siang =)
waktu itulah gerak langkah panjang .
bermacam di kotak fikiran
* danau
* uptown
* stadium
* dataran
* tepi laut
atau sekadar sukat jalan menghabiskan masa malam yang panjang .

tapi aku ? Aku takutkan malam .
malam bagi aku adalah 1 kesunyian .
bila jam di tangan melewati senja , aku mulai risau .
aku mahu cepat-cepat siang .
aku mahu malam lekas berlalu pergi .
mungkin aku menghidap NOCTIPHOBIA ?

Tapi dulu aku sukakan malam .
aku mahu siang cepat berlalu
supaya malam aku boleh sukat jalan
berjalan dgn kawan-kawan .

Setiap malam , susah untuk aku lelapkan mata .
Bila aku dah berbaring ,
Satu persatu cerita silam muncul .
si Polan , si Polan ,
tetiba merubah mood aku untuk marah-marah
untuk menangis
Lalu lekas-lekas aku berisgtifar
dan berdoa
aku mahu malam cepat berlalu .

aku tidak mahu membenci si Polan itu
baik si Polan ini
Dan si Polan - si Polan yang tak terhitung jumlahnya
Aku mahu ketenangan hati .
Aku tidak mahu mereka terus mengganggu malamku .

Aku tidak mahu menjadi Alya yg hipokrit
Alya yang tiada lagi 'Alya' dalam dirinya
Alya yang kosong seolah-olah dalamannya sudah terjatuh
dari tempat tinggi .




Hari ini malam akan datang lagi
Dan harus kulalui 'malam' ini seperti malam-malam sebelumnya
Aku harus tabah .

KAU HARUS TABAH , ALYA ! =(

Sunday, June 26, 2011

Waiting For Right Person ?

Assalamualaikum... 

Kita hamba Allah yang lemah lagi hina akan sentiasa mencari yang terbaik antara yang terbaik dalam kehidupan kita.
Semua orang inginkan yang terbaik... tetapi pada hakiki nya sekarang adakah kita terbaik?
Cuba kita muhasabah dan tanya diri kita sendiri... cukup baikkah kita?
Baikkah kita disisi Allah? Baikkah kita terhadap ibu bapa kita? Baikkah kita dengan orang sekeliling?
Fikirkan . manfaatkan sedetik kita dengan muhasabah 
agar diri kita sentiasa dalam proses untuk jadi yang lebih baik dari semalam . Nak jadi BAIK? 
Cari sifat-sifat positif atau sifat-sifat mahmudah agar dapat mengubah hidup kita dari yang kurang baik ke yang terbaik . Carilah , carilah walaupun berkurun lamanya. 
Carilah walaupun beribu batu jauhnya .
Sebelum mengharapkan yang terbaik , cubalah dahulu menjadi yang terbaik dalam segala hal .

Wassalam ~*