My photo
Johor Bahru, Johor, Malaysia
There's HELL In Hello & There's GOOD in Goodbye . That's Why You Shouldn't Be Afraid Of Goodbye But Be Careful With Each of Hello .

Thursday, July 26, 2012

Berakhirkah Rindu dengan Bahgia ?


Rindu datang tidak bersuara
Rindu hadir tiada rupa
Rindu menyapa tanpa ketawa
Rindu menjelma dalam jiwa
Menimbulkan sebak dalam dada
Mengungkitkan sesak dalam rasa
Menenggelamkan sarat dalam derita
Menyeret aku jauh dalam jiwanya 
Jauh dalam raganya
Dan jisimku seolah tiada
Kubiarkan aku terseret , terluka
Tapi dalam luka kali ini tak aku rasakan derita
Aku bahagia <3


Banyak suara mula berkata-kata
Hadir dalam pelbagai nada
Kasar , Sinis , Mengejek
Bangga , Hairan , Manja
Memuji ,Mengeji

Hadir jua pelbagai tanda tanya
Kenapa ? Mengapa ? Adakah ?
Bila ? Di Mana ?

Manusia-2 sibuk membuat andaian
sibuk memikir jawapan
sibuk menjatuhkan hukuman
sibuk memberikan penghuraian
sibuk menentukan keputusan
sibuk mengandaikan kemana hala tuju rindu ini

Tak perlu rasanya kujelaskan pada semua
Kerna di atas sana lebih mengetahui setiap satunya
dan aku terus terlantar dalam derita
di bayang bahagia
Kerna ia belum lagi menjelma
Akan tiba entah bila
Dan aku masih setia
menanti munculnya bahagia

Kerana aku yakin adanya DIA & dia <3<3<3

No comments: